Sedikit perkongsian daripada admin berkenaan kategori dan jenis grill rumah yang perlu anda ketahui sebelum membuat tempahan.
1.
Mild Steel (Besi Biasa)
- Merupakan besi biasa dan menerima paling banyak permintaan memandangkan harganya yang lebih rendah dan berpatutan
- Senang untuk dicam (ada lubang/rongga pada sebelah dalamnya)
- Harga paling rendah dan ekonomi.
- Dari segi kualiti serta ketahanan ianya hampir sebanding dengan ‘Wrough Iron’
- Hasil pertukangannya ‘simple’, menarik dan kelihatan moden
- Sangat sesuai untuk sesiapa yang kekurangan bajet serta berkehendakkan grill pada harga yang ekonomi.
2.
Wrought Iron (Logam Tempa)
- Terdiri daripada 2 jenis iaitu Solid dan Hollow (berlubang/berongga di bahagian dalamnya)
- Juga terdapat dari jenis campuran kedua-duanya (hollow + solid)
- Memandangkan ianya adalah besi yang ditempa, pelbagai rekabentuk dan ukiran boleh dibuat dengannya
- Harga lebih tinggi sedikit berbanding dengan logam Mild Steel
- Dari aspek kualiti dan ketahanan ianya mungkin lebih baik berbanding Mild Steel namun ianya bergantung kepada ketebalan, saiz, rekaan & beberapa aspek lain (subjektif)
3.
Stainless Steel
- Logam berkilat berwarna keperakan (Silver)
- Kebiasaannya diguna untuk membuat pagar rumah, dan jarang untuk grill
- Amat tahan dari berkarat/ tidak berkarat
- Harga agak sedikit tinggi namun dari segi kualitinya ianya agak berbaloi
- Dari aspek kualiti dan ketahanan, ianya lebih bagus berbanding Mild Steel & Wrought Iron.
4.
Alluminium
- Buat masa ini, grill jenis ini masih jarang dan baru lagi di Malaysia. Namun begitu grill jenis ini banyak ditemui di luar negara & teknologinya mula dibawa masuk sedikit demi sedikit ke Malaysia.
- Logamnya ringan & tahan lasak
- Harga agak tinggi namun dari segi kualitinya dan kemasanya ianya agak berbaloi
=)